Popular Post



Kepada Dato Seri, Datin Seri , Dato’, Datin, Tuan –tuan dan Puan – puan yang menganalisa secebis  naskah yang menjadi Profile dan  disediakan dengan tujuan untuk mendapatkan dana bagi merealisasikan perancangan untuk membina perstrukturan baru Pusat Tahfiz Al Amin yang bertempat di Lot 96 Mukim Bandar Lunas,   di Daerah Kulim, Kedah Darul Aman. Pembinaan bangunan ini adalah bermula dengan rancangan insfrastruktur komplek utama pada fasa pertama dan ianya  telah siap dibina sepenuhnya, kos fasa pertama komplek utama Pusat Tahfiz Al Amin telah mengeluarkan belanja pembinaan sebanyak RM 500,000.00 dan ianya hasil dari sumbangan individu dan syarikat, namun kos tersebut masih belum memenuhi keperluan bagi membolehkan bangunan tersebut digunakan.


Bagi meneruskan semua perancangan yang telah diatur dalam mesyuarat yang dipersetujui, maka projek fasa kedua dimulakan serentak dengan pencarian dana untuk prasarana struktur bangunan fasa pertama. Fasa kedua ini akan melengkapkan keseluruhan perancangan infrastruktur baru bagi Pusat Tahfiz Al Amin. Oleh yang demikian diharap agar profile ini akan dapat menjelaskan secara terperinci matlamat Pusat Tahfiz Al Amin dalam usaha mencari dana untuk prasarana persediaan memasuki kompleks utama fasa pertama dan pembinaan infrastruktur projek fasa kedua. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Pusat Tahfiz Al Amin - Official - - Powered by PTAA - Designed by Al-Junid -