- Back to Home »
- PENGUNJURAN PELAJAR UNTUK 5 TAHUN
PENGUNJURAN
PELAJAR UNTUK 5 TAHUN adalah seperti berikut:-
۞
Melahirkan generasi yang mencintai Kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan
mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
۞
Melahirkan generasi yang mencintai dan mengamalkan Sunnah Nabi dan beramal
dengannya.
۞
Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan
hormatkan kedua ibu bapa.
۞
Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan
berjiwa dan berakhlak mulia.
۞
Melahirkan insan yang kamil lagi muttakamil di bawah naungan Al–Quran dan
As-Sunnah.
۞
Melahirkan para Huffaz dan Ulama’ Amilin yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf
selaras dengan keperluan ummah dan negara.
۞
Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang
dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai
Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal kepada
seluruh alam.
۞
Menyediakan kursus Bahasa Arab perbualan dan pengajian khusus kepada pelajar
yang telah lulus ujian peperiksaan dan ingin menyambung pengajian mereka ke
luar negara.
۞
Jangkamasa pengajian adalah selama 6 tahun. Sukatan matapelajaran adalah
mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bermula dari umur 10 tahun hingga 13 tahun, pelajar-pelajar akan menghafaz dari
juz 30. Sasaran penghafazan mereka ialah antara 3 hingga 30 juzuk selama 6
tahun.Pada tahun akhir (umur 17 tahun) pelajar-pelajar akan digalakkan
menduduki Ujian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
۞
Penghantaran Pelajar ke Program
”Fast-Track” SPM Pelajar Tahfiz anjuran
UNISMART ini dijalankan di sebuah
penempatan pelajar luar kampus milik UNISEL iaitu di Kota Puteri, Batu Arang.
Ia boleh menempatkan sehingga 1000 orang pelajar dalam satu masa. Dengan
prasarana dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan program ”fast-track” ini,
ianya menjadi satu lagi pilihan alternatif bagi pelajar PTAA yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya
dalam bidang professional.
۞
Penghantaran Pelajar ke Maahad Tahfiz
Al Quran Wal Qiraat ADDIN yang menawarkan pelajar yang sedia mempelajari mata pelajaran
Akademik untuk mengambil peperiksaan SPM
dalam masa yang sama, menawarkan Program Diploma Al Quran & Qiraat bermula
tahun 2014 dengan kerjasama Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan.
۞ Daripada
itu pelajar yang berjaya menghafal 30 juzuk, PTAA juga mempunyai saluran untuk
menghantar pelajar – pelajar ke luar negara seperti Yaman, Mesir, Jordan, Oman,
Afrika Selatan dan Turki.